September 12, 2008

isteri solehah

musim cuti sekolah akan tiba pertengahan bulan ini, sudah tentu banyak undangan perkahwinan yang kita terima kan. asyik menghadiri majlis orang aje, kita bila lagi? sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan kita haruslah mempersiapkan diri terlebih dahulu dari pelbagai aspek.pastinya kebanyakan dan boleh dikatakan setiap wanita mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.untuk membina sebuah keluarga bahagia kita seharusnya mempersiapkan diri untuk menjadi isteri yang solehah pada suami. daripada banyak2 pandangan orang tentang isteri solehah ni, saya cuma boleh rumuskan bahawa antara ciri-ciri utama untuk menjadi isteri solehah adalah sentiasa bersyukur, tidak cerewet atau merungut.isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. so, daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri solehah. Isteri solehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:

    “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

sudah bersediakah kawan-kawan semua untuk menjadi isteri solehah? mampukah kita untuk menjadi seperti saidatina Aisyah yang sentiasa bersyukur, tidak cerewet dan tidak merungut apabila melayani suaminya.bersediakah aku untuk itu???

No comments: