October 18, 2008

datang dan pergi

setiap yang datang pasti akan pergi jua akhirnye...begitulah yang sering terjadi walau tanpa kita sedari...pasti kita semua pernah merasa kesepian bila ditinggalkan oleh insan yg bergelar saudara, kawan, sahabat, teman sejati...sedar ataupun tidak kita telah pun kehilangan sedikit keceriaan dan kegembiraan...yang tinggal hanyalah kenangan...tp mcm mane kenangan itu akan terus kekal dlm ingatan kita...suatu hari ia pasti hilang...tp dlm byk2 teman yg pergi aku terus mengingati seseorang yg begitu aku hargai kehadiran nye...dialah teman, dialah kakak, dialah adik, dialah sahabat...tp kerana masa kami telah terpisah jauh...bukan salah sesiapa...saat dukacita dan gembira kami lalui bersama...dari zaman pra-sejarah la konon-konon nyer kami berhubung...walaupun ade hp dah mase tuh kami still lagi berhubung ngn surat...surat kami bukan sehelai...berjela2...kadang tuh ambik mase yg lame nk abiskan tulis surat tu...bila baca surat masing2 kami akan gelak besar...maklumlah surat tu perjalanan hidup kami mase kami dok jauh...semua nyer leh kongsi...tp sekarang tiada lagi surat seumpama tu...aku rindu sgt masa2 tu...teman...aku amat merindui masa kita bergelak bersama...di mana kau berada???

October 12, 2008

tip memilih calon suami

buat teman2ku yang tgh konfiussssss petikan dari solekha....

Assalamualikum wr wb,, Lelaki yang paling diutamakan ialah lelaki yang soleh yang mempunyai pendidikan agama yang sempurna serta berpegang teguh dengan ajaran Islam. Di mana melalui panduan agama, seorang suami itu berwajiban menggauli isterinya dengan baik dan memberi nafkah sesuai dengan tuntutan Islam.


Firman Allah Taala dalam surah An-Nisaa’ ayat 34:

Maksudnya : “Lelaki itu pemimpin yang bertanggungjawab atas kaum wanita dan kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana telah membelanjakan harta mereka”.


Dalam ayat di atas jelas bahawa suami mempunyai kekuasaan terhadap isteri di mana isteri hanya membantu suami dalam urusan rumahtangga. Lelaki yang benar-benar dapat mengendalikan kewajiban seorang suami mestilah berupaya menjadi ketua keluarga yang bertugas memimpin, mendidik dan memberi kasih sayang terhadap rumahtangga.

Di antara faktor penting dalam mengutamakan agama yang disarankan oleh Islam ialah :-
1. Mempunyai akidah yang sempurna dan kefahaman agama yang kukuh serta praktikal.
2. Melaksanakan syariat Islam berdasarkan prinsip yang berterusan.
3. Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam hidupnya.
4. Mengetahui besarnya ganjaran nafkah di dalam rumah tangga.

Selain dari itu wajar bagi lelaki seorang yang tajam fikirannya, bijak menyelesaikan masalah, mempunyai sifat-sifat yang mulia, seorang yang penyayang, suka memberi dan menerima, bertolak ansur dan mengambil berat terhadap keluarganya.Walau bagaimanapun, sebagai kaum lelaki sudah masanya dari sekarang melengkapkan diri dengan mencari dan mempelajari ilmu Islam sebanyak mungkin untuk persediaan di hari muka. Oleh itu, ingatlah bahawa kaum wanita pada hari ini sudah mengerti memilih calonnya di mana bukan saja lelaki yang kacak malahan bijak pula dalam selok belok agama yang sememangnya layak menjadi suami.
Wassalam,