September 27, 2008

padang to bukit tinggi

mase nih kitorang bercuti ngan my mum kt padang... saje release tensen after berpenat lelah menjayakan majlis perkahwinan kakak2 aku... hepi sangat mase ni coz dapat luangkan mase ngan family sepuas2 nyer... jalan2 tanpa ade masalah... sume orang hepi jer... klu ade yang merajuk tu biasa laa... keluarga ku xlari dr org2 yang kuat merajuk ni... tapi time tuh prestasi aku baik tau... xmerajuk pon sepanjang percutian tuh... kakak aku yang sorang tu jer merajuk... angin dengan aku la ape lagi... kah3x..
gambo kt sebelah ni la mak aku n anak2 dara dia... 3 anak dara kesayangan mak aku... ye la sape lagi dia nk sayang klu x kami ni... anak dia yang lain dah ade family sendiri... so kami je la yang xlaku2 sampai sekarang nih... biasa nyer mak aku ni xsporting sgt klu bab jalan2 nih... tp kali ni memang sporting abis... makan pon ok jer... klu x dia la yang cerewet... itu xnak, ini xsuka mcm2 la... feveret dia cuma ikan rebus jer.. aduhai mak aku ni... nk ajak dia mkn kt luar aduh susah nyer... byk komplen... tp so far kt sana dia ok plak... dia makan je ape yang kami beli... pastu sporting plak tu... love u mum... sampai je kat sana mak aku orang pertama yang berbelanja... beli blaus bukan kt kedai baju tau... kat kedai mkn... tokey kedai tu promote kt dia terus dia bekenan... kami pon ape lagi...cucuk jarum la... terus la dia beli... byk gak mak aku berbelanja... aku dapat gak la sehelai kain free dr mak aku dan sepasang telekung dr akak aku yg dok pegang tgn aku tuh... then yang lain beli sendiri la... 2hlai blaus, 2pasang kain yang dah pun aku buat baju... 1 baju kurung moden, 1 lagi kebaya... orang lain sume dah pakai, tp aku sampai sekarang xpakai2 lagi baju tu...baju kebaya hitam tu pon pakai kejap jer mase raye... then jadi koleksi dlm almari je la... segan nak pakai... seksi sgt... orang2 kat sana memang kreatif abis, tp diorang xpandai menggayakan... hasil sulaman diorang memang superb la... bagus sgt klu nk compare ngan orang kite... kite punye la suka ngn brg2 diorang, diorang plak dok gile tgk tudung yang kitorg pakai, bawal diamond yang straight tu jer...2 lom lagi pakai yang berlapis2..agak nyer terbeliak biji mate diorang kan...ade sorang minah tu siap nk beli yang akak aku pakai lgi... punye la dia suke tudung bawal...sepanjang 3 hari kat sana mmg keje shopping aje la...so, dah penat beli belah maka pulang lah kami dengan senang hati... 
ade benda baru menunggu di kl...nak tau ape dia? kehadiran baby baru yang di beri name nur insyirah binti mohd zubairi... yakni anak buah aku yang ke 11... selamat di lahirkan pada 8 june same besday ngan kak ngah... tanpa sempat berehat kitorang terus p umah abang aku nak tgk baby...so cute la(xcute pon nk ckp cute gak, sbb dia kan anak buah aku) gambo dia mase besar ckit jadi penghias wall paper kt hp aku sampai la sekarang ni...cam xamau tukar wallpaper lain dah..biar gambo dia jer kt ctu...so cute my niece mcm eshu dia ni...
 

September 16, 2008

suami yang soleh

Suami yang soleh sangat bertanggung jawab pada keluarganya
Keluarganya dibawa mencintai dan takutkan Tuhannya
Mereka dididik beribadah dan berakhlak yang mulia
Syariat Tuhannya adalah disiplin di dalam rumah tangganya

Tanggung jawab dunianya tidak dicuaikannya
Makan minum pakaian tempat tinggal diuruskannya
Tunjuk ajar nasihat dan pimpinan adalah kewajipannya yang paling utama

Kasih sayang, timbang rasa (kepada anak-anak dan isteri-isterinya) menjadi budaya
Karenah anak-anak dan isteri-isterinya dia sabar menanggungnya
Dihadapi dengan lemah lembut, tidak mengapa sekali-sekala menghukumnya
Sentiasa mendoakan mereka, berlapang dada amalan hidupnya
Kecewa dan putus asa mendidik tidak ada di dalam sikapnya

Suami yang soleh sentiasa berkhidmat dengan keluarganya
Malah sering bersimpati dengan kesusahan mereka
Urusan Akhirat sangat diutamakannya
Urusan dunia tidak pula diabaikannya, di waktu mereka memerlukannya
Kesalahan anak-anak dan isteri-isteri sentiasa dimaafkannya
Mereka dididik penuh bijaksana dengan penuh sabar & tabahnya
Rukun damai, hidup harmoni sentiasa diusahakannya
Rasa bersama bekerjasama, Tuhan diutama, keluarga bahagia
Begitulah suami yang soleh sentiasa bertanggungjawab kepada keluarga
Karena takutnya dengan Tuhannya dia sangat mengambil berat keluarganya
Anak-anaknya dan isteri-isteri sangat taat (dan menghormatinya)
kerana suaminya berwibawa dan sangat mulia

September 15, 2008

mencari ketenangan hati

just copy from others webpage untuk tatapan dan renungan sendiri...bertafakur untuk seketika

Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat.Rasa senang apabila ia dipuji.Rasa menderita apabila di keji.Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan.Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.Rasa dendam apabila orang menganiayainya.Simpati dengan orang susah.Rasa keluh kesah apabila dapat susah.Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.Lihat apa kata Allah tentang hati.Firman Allah:

"Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - Ala: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang

1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung.

Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluar daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.

September 12, 2008

isteri solehah

musim cuti sekolah akan tiba pertengahan bulan ini, sudah tentu banyak undangan perkahwinan yang kita terima kan. asyik menghadiri majlis orang aje, kita bila lagi? sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan kita haruslah mempersiapkan diri terlebih dahulu dari pelbagai aspek.pastinya kebanyakan dan boleh dikatakan setiap wanita mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.untuk membina sebuah keluarga bahagia kita seharusnya mempersiapkan diri untuk menjadi isteri yang solehah pada suami. daripada banyak2 pandangan orang tentang isteri solehah ni, saya cuma boleh rumuskan bahawa antara ciri-ciri utama untuk menjadi isteri solehah adalah sentiasa bersyukur, tidak cerewet atau merungut.isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. so, daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri solehah. Isteri solehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:

    “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

sudah bersediakah kawan-kawan semua untuk menjadi isteri solehah? mampukah kita untuk menjadi seperti saidatina Aisyah yang sentiasa bersyukur, tidak cerewet dan tidak merungut apabila melayani suaminya.bersediakah aku untuk itu???